Tuesday, October 13, 2009

WaNIta Mewarnakan Rambut

Soalan: Suami saya meminta agar saya mewarnakan rambut. Dia sukakan warna berambut perang, sedangkan saya berambut hitam. Boleh saya mewarnakan rambut dengan pewarna yang ada di pasaran bagi memenuhi hasratnya?.span>

Jawapan: Puan amat digalakkan mewarnakan rambut dalam keadaan yang disebut di atas. Puan memperolehi pahala jika melakukan sebagai mentaati suami dalam perkara yang baik untuk rumahtangga.
Mewarna adalah diizinkan dalam Islam, bahkan RasuluLah pernah menggalakkannya bagi menyanggahi iktikad Yahudi dan Kristian pada zaman tersebut yang menganggap mewarna rambut yang beruban sesuatu yang salah dalam agama.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim, RasuluLah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut, maka berbezalah dengan mereka”. Berdasarkan hadith ini, para ulama menyatakan disunatkan bagi mereka yang beruban mewarnakan rambutnya. Cuma dalam hadith yang sahih seperti yang diriwayatkan al-Imam Muslim baginda menyebut mengenai mewarna rambut : “Hindarilah warna hitam”. Ini bagi mengelakkan orang yang dah lanjut usia menipu orang lain tentang hakikat dirinya.
Adapun puan yang bertanya boleh mewarnakan rambut dengan apa warna yang disukai suami puan. Hadith-hadith tidak pernah mensyaratkan jenis pewarna tertentu seperti inai atau tumbuh-tumbuhan yang lain. Maka pewarna yang ada di pasaran selagi tidak meninggalkan kesan najis dan mencegah air sampai ke rambut boleh digunakan.


Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

HUKUM menggunakan Wangian Alat Sulit Wanita

Hukum Menggunakan Wangian Anggota Sulit Wanita?

Soalan: Dr, apakah perlu seorang wanita ketika mandi wajib selepas haid menggunakan wangian pada farajnya, seperti yang pernah saya dengar. Atau memadai sekadar dilalukan air sahaja?
Jawapan: Pada asalnya, seorang wanita yang mandi wajib selepas haid itu memadai dengan membersihkan anggotanya terutama faraj atau alat sulitnya, kemudian dipastikan air meratai tubuhnya. Namun hadith Nabi s.a.w juga menunjukkan menggunakan wangian pada tubuh dan faraj semasa mandi wajib adalah disunatkan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَسْمَاءَ سَأَلَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا، فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا، حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا، فَقَالَتْ أَسْمَاءُ: وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا؟ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِينَ بِهَا؟! فَقَالَتْ عَائِشَةُ: كَأَنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ. تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ. وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ، فَقَالَ: تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ أَوْ تُبْلِغُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا، ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ. فَقَالَتْ عَائِشَةُ: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ
Daripada ‘Aisyah: Bahawa Asma` bertanya Nabi s.a.w. mengenai mandi wanita haid. Sabda baginda: “Hendaklah seseorang kamu mengambil air dan daun bidaranya, dia bersihkan dengan sebaiknya. Kemudian dia curahkan air ke atas kepalanya dan menggosoknya betul-betul sehingga sampai ke akar rambutnya. Kemudian dia siram ke atas kepalanya air. Kemudian dia ambil kapas yang bercampur kasturi dan dia bersihkan dengannya”. Kata Asma`: Bagaimana (cara) dia bersihkan dengannya? Sabda Nabi: Subhana Allah!! Bagaimana engkau hendak bersihkan dengannya?!!. Kata ‘Aisyah: Seakan dia menyembunyikan perkara itu (Dia memperlahankan suaranya agar hanya didengar oleh Nabi s.a.w tetapi tidak didengar oleh orang lain). (Sabda Nabi): “Engkau ikuti kesan darah”. Dia bertanya (pula) tentang mandi junub. Sabda Nabi: “Hendak dia (seseorang perempuan) mengambil air dan bertuhur (berwuduk) serta mengelokkan tuhur itu atau menyempurnAkan tuhur. Kemudian hendaklah dia curahkan air ke atas kepalanya lalu menggosoknya sehingga ke akar rambut. Kemudian dia mencurahkan air ke atasnya”. Kata ‘Aisyah: “Sebaik-baik wanita, wanita Ansar, malu tidak pernah menghalang mereka bertafaqquh dalam agama. (Riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Hadith di atas adalah dengan lafaz al-Imam Muslim. Juga al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Taharah dan Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Taharah).
Ada beberapa faedah yang boleh diambil daripada hadith ini, antaranya RasululLah membenarkan Asma bertanya persoalan yang agak peribadi bagi wanita. Ini menunjukkan guru atau tokoh agama tidak boleh menghalang persoalan-persoalan yang sedemikian jika tujuannya adalah untuk ilmu menimba pengetahuan. Tidak perlu malu dalam masalah hukum-hakam syarak. Juga, hadith ingin mengingatkan haid biasanya meninggalkan kesan bau yang kurang enak pada wanita, maka mereka disuruh menggunakan bahan-bahan yang menghilangkan kesan tersebut. Penggunaan apa-apa bahan samada bersifat tradisi atau moden yang membantu menghilangkan kesan tersebut, adalah menunaikan tuntutan hadith. Maka wanita disunatkan mencari wangian ketika mandi wajib untuk membersih dan mewangikan tubuh juga faraj atau alat sulit mereka.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Wednesday, August 26, 2009

BAGAIMANA NAK MEMIMPIN iSTERI iSTERI

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional? tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah yang bermaksud:"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri.
Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran.
Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.
Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.
Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami."Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas. Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,"Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita.
Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.
Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri.
Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak.
Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-AshrDari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

BiLa LeLaKI MeNjaDI DaYus

BILA LELAKI MENJADI DAYUS ?
Al-hadith :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي
يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2)
Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4)
Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5)
Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6)
Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan
mahram.

8)
Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9)
Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10)
Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11)
Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12)
Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13)
Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Monday, August 10, 2009

RaKyat DiDahulukan PenCaPaiaN DiUtaMakan....








gambar program semalam...walaupun tak berapa ramai tapi oklah jugak dr x ada org langsung...mgkin org tkut nak kuar rumah sebabk wabak H1N1 ni...happy viewing...sekian..

Friday, August 7, 2009

DOA H1N1..penyakit berjangkit

SILA KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR...DAN MUDAH DI BACA...

KISAH2 TELADAN Zaman ModeN

KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh den gan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah den gan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu den gan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh den gan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser den gan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap den gan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga den gan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup den gan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan den gan keluar gan ya yang agak besar.
Sejak berkawan den gan nya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh..
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung den gan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan den gan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati den gan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan den gan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandan gan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;


1. Banyak sangat terlibat den gan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)


2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalan gan jalan raya)

4. Sering bertengkar den gan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.



KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasan gan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah den gan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkun gan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki den gan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang den gan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis meng gan ggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. .. hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu den gan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. .... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasan gan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ??? -Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk??? -Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ??? -Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. ... Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua
SALAM

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr .. Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!



Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Assalamu'alaikum Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan " Salam " iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2
yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.


Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk
orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",
kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan
Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
Kenapa kita payah nak sembahyang???


Kenapalah kita susah nak bentang sejadah??
Hidup senang rezeki melimpah ruah,Nak dirikan sembahyang,
tapi rakan baik "Setan" suruh lengah-lengah
Allah tarik nikmat sampai nangis keluar air mata darah barulah padah..


Kenapalah kita malas sembahyang??
Allah kasi jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke itu lagi baik dari tiang??Berdiri tanpa roh malam dan siang??
Kenapalah kita malas sembahyang??
Kerja dah best keluarga pun dah senang..
Negara aman tak lagi hidup berdagang..
Takkan 5minit 5waktu kita tak boleh nak luang??


Kenapalah kita malas sembahyang??
Allah kasi otak supaya kita tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang
Allah kasi nikmat kenapalah kita tak kenang???


Kenapalah kita malas sembahyang??
Tengok TV, layan internet sanggup sampai petang,
Beli tiket wayang, bayar time shopping kita sanggup beratur panjang,
Bagi alasan nak qadak sembahyang,
Ingat masuk syurga, masuk neraka boleh main hutang-hutang??!!


Kenapalah kita malas sembahyang??
Kita kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang dah keras kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...


Kenapalah kita malas sembahyang??
Seksa neraka peritnya tidak terbayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Tuesday, June 2, 2009

2 Orang AnaK lelaKi??




Salam...macam nilah gelagat anak perempuan aku dikala waktu maghrib..di saat alunan zikir dan pujian pujian kepada tuan empunya dunia ini di Astro Oasis...dia pi amik kopiah aku dan pakai...bila aku nak sembahyang maghrib, dia pun sama juga amik sejadah kecik dia lampar kat sebelah aku...nak sembahyang jugak...Alhamdulillah lah kalu berterusan hingga besar nanti...

Thursday, May 21, 2009

STOK TERKINI BARU SAMPAI...





owrait..makluman ye...semua ini bukanlah untuk dijual kepada orang ramai...harap maklum...hanya untuk tatapan sahaja sebagai contoh kepada ibu ibu yang sedang mengandung dan berhasrat untuk menyusukan badan sepenuhnya...inilah hasilnya..tentu ada yang terperanjat sebab aku pun terkejut rezeki limpah ruah Tuhan bagi untuk anak aku melalui ibunya....dan memang patut kami suami isteri berdiet kerana tida lagi ruang untuk masukkan bahan masakan spt ikan, ayam sotong dsbnya...untuk maklumat lanjut sila hubungi..
012-6722450..terima kasih..

IDAMAN KALBU..


BILALAH AGAKNYA DUIT YANG DIKUMPUL LEH CUKUP NAK DAPATKAN NI!!!!

Tuesday, May 19, 2009

KATAKANLAH KITA INI.....

(DIPETIK DAN DI COPY PASTE DARI BLOG SURAT DALAM BOTOL)

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi.Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menanganisalah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir,ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit.Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu.
Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan saya," kata lelaki itu.
"Dan maafkan anak-anak saya tu. Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.
"Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.
"Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!Bagaimana dengan anda?Wallahualam.

Tuesday, May 5, 2009

Kesilapan dalam Solat Sering di Pandang Remeh

Suasana pada hari agak menggembirakan sesetengah ibu bapa apabila melihat anak remaja sudah berminat kepada kehidupan beragama. Remaja sudah dilihat mula mahu memenuhi surau dan masjid terutama pada waktu Maghrib dan Isyak.Mereka mendapat kesedaran beragama semasa di bangku sekolah dan universiti. Arus kesedaran Islam bertiup kencang melawan arus kemodenan masa kini. Remaja kini sudah tidak malu untuk melakukan solat walaupun di tempat selain surau dan masjid.Mereka sanggup melakukan solat kerana mahu menegakkan agama dalam diri mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Solat ialah tiang agama,” (Riwayat Baihaqi).
Ibu bapa dalam hal ini seharus bersyukur kerana anak mereka tidak lagi seperti terlepas tali, boleh terbang ke mana-mana. Mereka kini sudah boleh dikawal, iaitu dikawal oleh agama.Walau bagaimanapun kita agak sedih apa melihat sesetengah ibu bapa yang masih liat untuk mendirikan solat. Mungkin seminggu sekali untuk solat Jumaat atau mungkin sesekali melakukannya sewaktu balik ke rumah pak mentua. Mereka lakukannya bukan kerana Allah tetapi kerana malu kepada mentua.Ingatlah berdasarkan hadis di atas, sesiapa yang mendirikan solat bererti mereka telah mendirikan agama dan sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia meruntuhkan agama. Mahukah ibu bapa ini digelarkan sebagai yang meruntuhkan agama?Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam agar tidak mengabaikan solat lima waktu kerana itulah identiti umat Islam. Kurang dari lima waktu, kuranglah keislaman mereka.
Malah dengan jumlah yang kurang itu hampir-hampir menyamatarafkan mereka dengan orang bukan Islam.Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan solat suka saya senaraikan di sini beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh umat Islam dalam ibadah. Kesalahan tersebut walaupun yang tidak disengajakan, kalau tidak diperbetulkan akan menjadi kebiasaan yang sukar dibetulkan semula. Oleh sebab itu perhatikan senarai kesalahan berikut:Sebelum solat – dalam azan muazzin atau lebih dikenali sebagai bilal, mereka melakukan dua kesalahan secara tidak sedar. Walaupun tidak sedar, lafaz azan itu sudah tidak memberi makna dan maksud yang sebenar.
1. “Asy-hadu an la ilaha illah” – mungkin kerana mereka membacanya berdasarkan huruf rumi maka dibunyikan “Asyhadu” dengan assyadu. Perkataan ini tidak memberi apa-apa makna dan tidak menepati lafaz syahadah yang wajib dibaca.
2. “Lailaha illallah” dipanjangkan “ha” pada perkataan “ilaha” menjadi ilahaa. Perkataan ini juga tidak memberi apa-apa makna.Jadi, semua bilal dan orang yang hendak mengalunkan azan, eloklah membuat latihan menyebutnya agar tidak terus tersilap. Ingatlah azan mengajak orang ramai kepada solat, tetapi kalau tersalah sebut, panggilan itu tidak dinilai oleh Allah.Selain itu suka diingatkan juga bahawa, waktu untuk azan adalah ditentukan oleh muazzin manakala untuk melakukan solat hendaklah ditentukan oleh imam. Maka dalam hal ini bilal perlu memastikan iman bersedia dan mendapat keizinannya.
Waktu solat – terdapat beberapa orang susah hendak masuk niat untuk memulakan solat. Kadang-kadang dia terpaksa mengangkat takbir berkali-kali untuk membolehkan niatnya masuk pada waktu itu. Sikap atau tabiat itu menjadi sebab terlambatnya dia mengikut imam. Padahal niat adalah kerja hati yang datangnya bagaikan angin lalu sahaja, tidak perlu mengambi masa yang panjang.Mengikut hukum fiqah, apabila seseorang itu mengangkat takbir dengan niat yang betul, takbir dan niat itu sudah diterima. Maka kalau dia mengulangi kali kedua, maka takbir kedua itu menyebabkan solatnya terbatal. Jadi, apabila dia meneruskan solat dengan takbir itu, solatnya tidak dikira oleh Allah. Oleh sebab itu dia perlu ulangi takbir dan niat baru, yang ketiga.
Selain itu takbiratul ihram iaitu dengan menyebut “Allahu Akbar". Lazim yang berlaku dalam kalangan umat Islam ialah mereka memanjangkan “baar” pada perkataan akbar. Dengan memanjangkan “akbar” itu tidak lagi memberi makna “Allah Maha Besar”. Jadi berhati-hati menyebutnya.
Seterusnya dalam membaca surah al-fatihah, mereka terlalu sangat hendak membetulkan sebutan makhraj sehingga jadi berlebih-lebihan. Antaranya ialah membaca “alhamdulillah” ditekankan bacaan pada alham sehingga berbunyi seperti alkham atau alhom. Ini juga telah merosakkan makna al-Fatihah yang asal.
Semasa iktidal juga terdapat kesilapan menyebut pada membaca “samiallahu liman hamidah”. Selalu juga kita dengar sesetengah orang membaca dengan memanjangkan bacaan haamidah. Dengan memanjangkan perkataan pada “ha” memberi erti wanita yang memuji - isim fail muannas. Padahal yang asalnya “hamidah” ialah feil madhi yang memberi erti memuji-Nya.
Panduan ini penting untuk diamati supaya solat yang dikerjakan setiap hari dinilai oleh Allah dengan sebaiknya. Wallahu a’lam

Friday, May 1, 2009

ASEAN QUIZ 2009





Salam...bz sungguh aku sampai takdan nak hapdet apa pun...layan jelah gambar ni...nt aku tambah lagi gambar..ini kerja aku sepanjang minggu lepas kerana ditugaskan sebagai pegawai pengiring peserta bagi Pertandingan Kuiz Asean 2009 peringkat Kebangsaan di Angkasapuri..aku menginap di Hotel VISTANA..tinggallah anank dan isteri di rumah...sekian..





Tuesday, April 21, 2009

TeMpaT BaYaQ...

SILA AMBIL PERHATIAN....MAKLUMAN KEPADA MEREKA2 YANG MAHU KELIHATAN BLOG ANDA SEPERTI SAYA INI..BOLEH LAYARI LAMAN BLOG...http://hanannurinsyirah.blogspot.com
MENDAPATKAN LANGKAH2NYA...UNTUK PERKHIDMATAN TERUS KE BLOG ANDA SILA TINGGALKAN USERNAME DAN PASSWORD BLOG ANDA UNTUK DIUBAH SUAI...PEMBAYARAN BOLEH DI BUAT DI LAMAN BLOG INI ATAU TERUS BANK IN KE DALAM AKAUN MAYBANK ATAUPUN MELALUI CEK ATAU KIRIMAN POS KE AKAUN AMANAH SAHAM BUMIPUTRA (ASB)....KIRIMAN WANG MELALUI SAMPUL SURAT ATAU POS TDAK DITERIMA...SILA PASTIKAN PEMBAYARAN DIBUAT TERLEBIH DAHULU UNTUK PERKHIDMATAN YANG MEMUASKAN OLEH KAMI....SEKIAN TERIMA KASIH

Sunday, April 19, 2009

PeTuA NeNeK..

AWET MUDA
- Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya.
- Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

MELENTIK BULU MATA
- Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

MELEBATKAN BULU KENING
- Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

MELEBATKAN BULU MATA
- Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

MENCANTIKKAN RAMBUT
- Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya : Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
- Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

HINDARI RAMBUT GUGUR
- Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
- Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

MELEBATKAN RAMBUT
- Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
- Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
- Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
- Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
- Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

RAMBUT BERBUAH
- Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

MELURUSKAN RAMBUT
- Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


terima kasih PAKTAM..keluarga AmbuyAt

Saturday, April 18, 2009

BaCkgRoUnD bAru

lalalala...korang nengoklah background baru aku punya blog...ok tak???mekasih bebanyak pada isteri yang tersayang...

Thursday, April 16, 2009

aBg Buat La ni..

Salam...oleh kerana kena tag..dan abg rasa cam ada masa nak buat...dan abg pun buatlah...

4 names that friends call U:
# HARRIS - kebanyakkan kawan abg kat opis panggil nama ni
# MAT SUBUH - Nyang Teh dan MakCik Moon kat Kampung

# MOT - Wan, budak PAR opis abg je panggil aku macamni...mungkin sebab cemomot kot
# DUT aka gendut - kak azwa..katanya abg gendut mcm anak dia
# FATIMI - panggilan cikgu2 masa abg sekolah rendah

# FENDI X-Faxtor - panggilan paling best, ramai awek masa bujang dl..beh222..huhuhu

4 most important dates in your life:
♥ 28 Ogos -besday sayang

♥ 2 Mac - besday abg lah
♥ 7 Mei - besday kakak dan arwah mak
♥ 20 Mac - besday adik


4 things you've done in the last 30 minutes:
♥ samapi opis, baca paper
♥ pg Fitri minum dan makan
♥ amik laptop kat Azhar

♥ prepare utk ceramah jap lagi kat sekolah

4 ways to be happy:
♥ dapat isteri dan isteri2 yang perfect jugak dan dapat teman tgk tv memalam sampai lewat malam
♥ dapat sepasang anak dan leh kuar memalam pg uptown
♥ dapat makan,pakai,tempat tinggal sempurna

♥ dapat tukar kerja yang dekat ngan rumah...ermmm

4 gifts you would like to receive:
♥ Jam Tangan cap Casio (cth spt dibawah)
♥ Kasut jenjalan cap adidas/nike warna putih
♥ minyak wangi cap HUGO(yang ada cikit lg kat umah,sayang nak pakai)

♥ Grand Livina

4 of your favourite hobbies:
♥ bukan mengemas
♥ kumpul syiling
♥ main bola, tgk bola, bola tgk abg

♥ gigit kuku, korek idung, korek telinga...hahahaha

4 places you want to go for vacation:
♥ Pulau Redang....perghh..macam best jer...
♥ Pulau Perhentian - hujung tahun kita pi
♥ Pulau Tioman - Leh duk free
♥ Genting Highlands - men mainan

4 things always found in your bag:
♥ diary kerja
♥ Kunci rumah ngan moto
♥ pendrive dan tisu

4 u love so much:
♥ Norizan bt Abdul Latif

♥ Hanan Nur Insyirah bt Harris Fatimi
♥ Hadif Nasr Irfan b Harris Fatimi

♥ My family

4 things 'special' for you:
♥ Keluarga

♥ Harta Merdak
♥ Ada Rumah dan Tanah Sendiri

♥ Dapat apa saja yang rasa tergerak hati nak..bleh ke??

4 who you would like to answer this survey:
♥ Cumi dan Azhar - opismate aku yang dah berbulan tak update blog yg dah bersawang...
♥ Somi Puan Anom- ko buat jelah...

♥ sapa saja yang jengah kat sini..kena buat...alif lam lam ha...sapa tak buat dia berdosa...

Sunday, April 12, 2009

SaYa YaNG menUrUt PeRinTaH..


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

"AKU HANYA NAMPAK MATANYA...CANTIK...."~

ayat ni aku terlintas dengar iklan kat TV..iklan BRAND INNERSHINE..baru je tukar ni..sblm ni aku guna "HANYA AKU YANG MAMPU"sebabnya aku pun tak tahu..macam sedap je dialog laki yang cakap dlm iklan tu...hehehe..

2) Apakah link blog anda sekarang danbagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://matsuboh.blogspot.com/

~aku guna link seperti di atas, sebabnya nama aku di kampung,Nyang Teh panggil aku MAT SUBOH..sebabnya lahir waktu BANG Subuh..yang BANG subuh masa tu Arwah Ayah aku sendiri..


~3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

~Asalnya aku nak wat blog cerita politik negara dan isu semasa..tp aku takut plak nt kena tangkap sebab bagi pendapat yang bebukan..naya je...jadi aku tukar wat cerita diri aku, isteri2ku, dan anak2..serta cerita apa saja yang aku rasa nak upload dlmnya..apa saja....

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

~tak terpikir lglah...suka jugak nak hapdet selalu..tp bahan agak kurang dan kekadang pikir bahan cam sama je macam blog hanannurinsyirah tu...kekadang agak bz keje...


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?~

YAng Paling aku sayang selain anak2 aku..wanita yang paling rajin dalam hidup aku selain arwah mak aku..wanita yang paling tak reti dok diam..asyik nak wat reja..kekadang aku naik rimas perut jugak..whateverpung..dia wanita yang paling aku sayang dan cintai.. I LOVE YOU...Muuuuuuuaaaaahhhhh...

Friday, April 10, 2009

EXORA..GRAND LIVINA DAN AVANZA

Salam...beginilah rupa bentuk MPV keluaran terbaru PROTON...EXORA...kalau ada yang berminat tempahan boleh dibuat sekarang, bukan pada aku tp di agen2 produa yang berdekatan dengan anda..tapi sebelum tu adalah lebih baik aku cadangkan hangpa semua bandingkan dengan Nissan GRAND LIVINA dan AVANZA





Yang ni bukan..untuk dijual...tapi hanya penyedap mata saja...sekian terima kasih

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL..Menghina Islam dan Martabat Insan

Salam...Dedulu masa sekolah rendah kita selalu pekena/penaya kawan2...semboq airlah, rembat kawan punya susu RMTlah dan bagai...semuanya"April Fool" dan kawan yang kena naya pun x jadi nak marah kat kita...sebab April Fool...tp tu zaman kita Jahiliyah dulu...bl dah besaq, dah tau apa dia April Fool ni...terus tak wat lagi...tp aku rasa ada lagi puak2 yang gelap hati, dok sambut lagi April fool ni...silalah baca artikel yang aku copy paste bi bawah ni...semoga hangpa semua faham...dan selamat membaca
APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN

Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool.Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.
Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)
Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.
Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang.
Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.
Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam
Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Oleh:Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor
SUMBER: MAJALAH SINAR ROHANI