Sunday, April 19, 2009

PeTuA NeNeK..

AWET MUDA
- Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya.
- Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

MELENTIK BULU MATA
- Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

MELEBATKAN BULU KENING
- Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

MELEBATKAN BULU MATA
- Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

MENCANTIKKAN RAMBUT
- Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya : Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
- Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

HINDARI RAMBUT GUGUR
- Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
- Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

MELEBATKAN RAMBUT
- Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
- Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
- Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
- Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
- Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

RAMBUT BERBUAH
- Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

MELURUSKAN RAMBUT
- Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


terima kasih PAKTAM..keluarga AmbuyAt

1 comment: