Monday, February 23, 2009

MaJlis GABEM..JuruAcarA

Salam..hari sabtu aku kerja di Dynasty hotel..seperti yang aku bgtau dalam post lepas..aku di mohon oleh GABEM iaitu Gagasan badan Ekonomi Melayu untu jd Juruacara majllis Perasmian dan penutup seminar tu...aku bukan lah sorang tp pasangan duet aku Pn Farah..dia ni bos gred 41 di ibu pejabat..muda lagi, umur br 29 tahun..tp dah kawin pun...anak sorang...hehehe...sib bik sekepala ngan aku..dia main ckp gua..lu..je kekadang ko..aku..jek...tapi aku tetap pangil dia bos...majlis ni dirasmikan oleh..TKSU kementerian Pelancongan..dek kerana menteri x dapat datang..sebab ada majlis rasmi lain di PWTC...
banyaklah kelibat Tan Sri2..Puan Sri2..Datuk sri2..datuk2 hadir...Tan Sri Rahim Tamby Chik..bercakap tentang Ekonomi org melayu..Bumiputra masih jauh ketinggalan..berbanding dengan kaum lain..India sekalipun dah jauh ekonomi dari melayu...kalu aku cerita kat sini tentang ekonomi melayu..sampai petang pun tak bis ni...errmmm..korang pun tahulah sendirikan...pepun..tgklah gambar yang ada ni...sambung keje dulu...aku nak keluar kawasan dulu..bubaiii




BuLan DakwAh...

kumpulan Rabbani dan Amy Search bt persembahan




Monday, February 16, 2009

SyuKran Jazilan..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG BERSIMPATI DENGAN AKU UNTUK MEMBERIKAN ROTI MARJERIN+KAYA BUAT IBU HANAN YANG MANA IA MEMBUATKAN AKU MATI KUTU UNTUK MENCARI DIMANA ADA JUAL..DAN TAK LUPA JUGA KEPADA MEREKA YANG BG INFO KAT MANA ADA JUAL ROTI..TERIMA KASIH..THANK YOU..SYUKRAN JAZILAN WA JAZAKALLAHU KHIRON KASIRO..

Pada malam ni juga aku dah berjaya wat "SOTONG CELUP TEPUNG"..ibu hanan gembira dan juga aku sama.walaupun dalam keadaan penat tp aku masih lg mampu buat lg...pehal ayat aku skema...minta maaflah sebabb gambar memang tak sempat nak snap..sebab aku goreng jek, dah ada yang sambar dulu...ibu hanan dah terlupa nak snap...x per lain kali aku buat aku sertakan gambar...rupanya menggoreng sotong celup tepung ni berisiko mdptkn kecederaan..kerana sotong tu leh meletup minyak panas...pedih gila...kena tgn aku...nasib baik tak melepuh..dulu aku dah kena time goreng telur ikan..ibu hanan jugak nak.....errrmmm..tak pelah..janji selera ibu hanan dapt di tunaikan....Alhamdulillah...

oklah...aku nak sambung wat keje dulu...let gee to the zee....adios..

kedua gambar diatas memang tak der kena mengena dengan cerita...utk npk Kooolller jek

ATTN: cerpen malam ke6 dah siap..yang minat boleh lah baca...aku tlg promotekan jek.....

BERITA PENTING....

ATTN: KEPADA SESAPA YANG TAU KAT MANA ADA JUAL ROTI BERINTI KAYA DAN MERJERIN ATAU PELANTA SEPERTI YANG DIJUAL DI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, SILA BERITAHU AKU...

HARAP MAKLUM....

Sunday, February 15, 2009

Hari Ni Ahad..Esok IsNiN..

Salam..sabtu dan ahad akan berlalu lbh krg 2 jam lagi..apa yg menarik 2 hari ni...pertama...aku dah berjaya buat ibu hanan tersenyum sbb dah dpt apa yang dia idamkan(utk keterangan lanjut tgk blog dialah)..hasilnya juga aku dah lega sebab dia dah leh senyum...hehehe...hari sabtu aku keje jugak..sampai tengahari..balik je pg kenduri umah anak menakan aku di P18..pastu singgah Alamanda, kakak nak main taman..belilah jugak pempers dan bagai...

Ahad plak seharian dok ja umah..pg aku wat nasi lemak..selebihnya aku berehat sepenuh masa melayan kakak..anak abhi kata ibu hanan..ermmm..betul...memang betul..tak nmpk aku je...dia mesti cr aku...tak pa lah...anak aku jugak..apa lagi aku nak cerita ni...ermm...tahlah...

Esok dah reja..mcm biasa pagi Isnin adalah masa aku dan budak opis main futsal..time diberikan BOS besar aku, 8.00pg smpi 10.00pg..oklah 2 jam...TERIMA KASIH BEBANYAK BOS..dapat jugak keluarkan peluh..tapi keje mesti kena buat..itu penting...esok aku perlu konpemkan dgn Jabatan Penerangan Pasir Mas untuk lawatan K.B aku kesana minggu ni..sepatutnya aku kenalah pg jugak..dr 20hb hingga 22hb..Lawatan Sambil Belajar..tetapi memandangkan ibu hanan dah pun sarat..jd aku tak pegilah...aku minta si Jerry ganti aku..TQ Jerry..lagipun sabtu ni aku kena jd M.C (juruacara) majlis Perasmian Seminar Industri Pelancongan Bumiputra anjuran GABEM di Dynasty Hotel..Majlis ni dirasmikan Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri...erm..kali kedua aku jadi M.C yang dihadiri oleh TPM...jd mc ni juga tugas hakiki aku..mau tak mau kena bt jugak..SKT ni..aku pun musykil jugak cmner aku leh jd mc ni.. setat 25hb sampai 29hb ni budak opis kena pg kursus Juruacara di Perlis...tapi malangnya nama aku telah di tolak awal2 lg sama jgk ada beberapa org len lg..sebabnya depa aku dah terrer jd MC..aku teringin jugak nk pi..byk benda aku kena bljaq lg...pe tak nya..loghat aku pun masih ada bila bercakap..adakah mungkin ia satu keistimewaan aku yg aku tak ttau..hangpa jgn terkejut kalu aku kata aku penah jd mc ni untuk majlis sultan pahang, YAB PM pun aku dah byk kali, Menteri2 lain pun penah jugak..Menteri WP lg lah dah berkali2..ni mesti ada yang tak caya...sama lah jugak ada yang tak caya aku leh main futsal ni...lantaklahhh...buktinya...hang pa tgk gambar ni...kalu tak caya...

hah...macamana..hangpa percaya ker??bukti ni...aku buh gambaq lagi..barulah kool...kata budak tu....

Wednesday, February 11, 2009

JaNda Baik Punyer....

Salam..isnin lepas cuti Thaipusam, geng opis ajak pg janda baik...berkelah...katanya ramai nak pegi..aku dapat msj berbunyi macam ni" jom berkelah di Janda Baik, cumi ngan helmi dah KONPEM"...ahaks...mcm penah aku dengar jek ayat macam tu...hehehe...(rupanya azhar gunapakai semuala ayat aku masa ajak pi Gabai)...kali ni pg takdak wat BBQ lagi..tapi setiap family bawak PoTLuCk memasing...dan aku plan ngan ibu hanan...kami wat TOMYAM Campur dengan PoPIA Goreng...derang yang lelain bawk..nasi,sayur,ayam masak merah,banyak jugak makanan hari tu, ada buahan, tp yang bestnya ada air Teh Perisa strawberry Ais..helmi bawa...huih..satu teko dia bawak mai dr K.L...(TQ..helmi..ayaq hang sedap..)...

Habis makan sume,apalagi...mulakan XTBT...MANDI...macam macam aksi leh buat...air kat tmpat kami mandi dalam rupanya..patutlah tak ramai yang beranikan diri...bayangkan, aku pun hapuih(tenggelam)...tp memang best..mcm mcm skil bleh buat..tiruk ke , balik kuang ke,pendeka kata..kalu berani watlah apa gaya pun...korang cb bayangkan..member aku punya pulun mandi sampai kancing suar pun bleh tercabut...pas tu plak...zip bleh patah...hahaha...punyalah dasyat....ibu hanan tak mandi...akulah yang melayan kakak ni...dia pun dah makin berani..tak mandi tempat cetek..nak mandi ngan aku ...aku bw dia ngan floater kat tempat dalam...pueh ar hati dia..sampai biru mulut pun tak mau naik lagi...best giler ar...tapi kalu ada pasangan bercinta dtg sini oklah...kalu ada aweks nak kat aku...leh bw dtg tmpt ni...hahaha (ibu hanan mesti suka statement ni...kui3x)..mcm member aku..bw aweks..yang ni lain pulak orgnya...hari tu orang lain...ermmmm..ikut sukalah...janji bahagia...oklah...hangpa layanlah gambaq yang ada...di bawah..

budak opis aku laki2 je..yang pompuan tu...lain ek..kn tanya org sblh dialah...

aku dah tentu kena layan..kesayanganku ni...hehehe

aksi penerjun tiruk..pemenang pingat timah sukan orang kurang upaya....

anak abhi lah katakan...

Monday, February 9, 2009

CeriTA CaMry 2.4....

Ditepi sebuah tasik yang indah, anak dan ayah menghabiskan masa memancing. Ayah yang sentiasa sibuk mengambil peluang dari masa keemasan untuk mendekati anak. Bagi anak, inilah masa untuk dia bermanja dengan ayahnya yang tiap-tiap hari keluar subuh dan balik tengah malam.
Atan: Ayah. Bila besar nanti, Atan nak beli kereta power.
Ayah: Baguslah. Kena belajar kuat-kuat
Atan: Ya, ya, Atan ingat. Selalu ayah cakap. Boring la ulang-ulang.
Ayah: Atan nak beli kereta apa?
Atan: Bila Atan besar, Atan dah belajar kuat-kuat, masuk Universiti, kerja baik-baik, berniaga dan jadi billionaire korporat, Atan nak beli kereta Ferrari.
Ayah: Kenapa nak beli Ferrari?
Atan: Ferrari best laju. Dia kereta sports, warna dia merah cantik. Ferrari kereta Itali yang terkenal. Banyak menang F1.
Ayah: Ferrari mahal. Kalau Atan naik dengan isteri Atan, ayah dan mumi tak boleh naik. Kalau Atan tak jadi billionaire, Atan nak pakai kereta apa?
Atan: Ohhh ... mahal ye yah?
Ayah: Berjuta dan spare part tak ada.
Atan: Kalau gitu, Atan nak kereta BMW. BMW kereta dia laju. Badan dia cantik dan sports juga. Atan nampak banyak kedai BMW. Mesti ada banyak spare part.
Ayah: Pandai Atan. Tapi BMW tak power macam Ferrari. Macam mana?
Atan: Tak apa. Atan bawak BMW. Ayah boleh duduk depan dengan Atan. Mak dengan akak duduk belakang.
Ayah: Ayah masa mula kerja dulu pergi kerja pun naik BMW, Bas Mini Wilayah. Tapi rugilah Atan pakai BMW bawak kita aja. BMW maknanya Boleh Memikat Wanita. Atan kena cari isteri kalau pakai BMW.
Atan: Ekkk ... tak suka budak pompuan. Tak best main dengan pompuan. Kalau lari tertinggal. Dia orang cepat nangis.
Ayah: Kalau begitu, Atan kena pakai kereta lain la.
Atan: Kalau tak boleh BMW, Atan nak pakai Mercedes. Semua boleh naik. Tak sports tapi cantik. Orang pakai Mercedes orang yang berpangkat. Tak mahal macam Ferrari. Dan ... Atan tak kena kahwin dengan pompuan.
Ayah: Baguslah tu. Mercedes senang nak repair. Dia pakai minyak diesel. Lagi murah. Tapi orang tua saja pakai Mercedes. Ayah dah uzur baru dapat rasa kereta power Atan.
Atan: Kenapa orang tua saja pakai Mercedes?
Ayah: Yalah. Orang yang pakai Mercedes adalah kereta rasmi untuk bos-bos korporat dan kadang-kadang kerajaan.
Atan: Kalau ayah, kereta power apa ayah nak pakai?
Ayah: Ayah pakai Toyota Camry saja.
Atan: Eiiii ... tak power. Biasa aja.
Ayah: Lagi power. Kerajaan negeri Perak jatuh pasal Camry. Siap-siap kerajaan negeri Selangor pun boleh jatuh. Khalid dah tukar kereta.
Atan: OK lah. Atan nak pakai Camry. Tapi Atan tak mahu jadi MB yang jatuh kerana lompat parti. Khalid tu yang gagap ye ayah?
Ayah: ....Terdiam ayah mendengar. Baru dia menyedari kehebatan anaknya.
Pitah dan cekap berfikir. Perkembangan politik pun diikuti.
(cerita blog husinlempoyang, terima kasih)

Rupa...RupaNya...

Karpal Singh Berkhidmat Untuk Kepentingan BN?

Hari tu Kapal Singh mengamuk lagi. Sebelum itu dia mengamuk untuk menyaman Sultan. Sebelum itu lagi dia mengamuk mengenai hudud.Kali ini dia mengamuk minta Anwar berundur sebagai Ketua De Facto PR. Apa yang menyebabkan Karpal marah? Karpal dikatakan marah kerana merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu.Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussen Ali yang tidak senang dengan tindakan Karpal itu bertanya, "Bila melihat kenyataan dan telatah beliau (Karpal) sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa?"
Semasa isu hudud menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu dahulu juga Karpal mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain. Ketika Anwar dan kepimpinan PAS dengan tegas mengeluarkan kenyataan menyokong hudud, manakala beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sangat lunak mengenai hudud, Karpal dengan tegas menolak hudud. Karpal dalam hal ini bercakap senada dengan beberapa pemimpin-pemimpin BN yang menolak hudud.
Tapi soalan Syed Hussein belum berjawab: untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa? Jelas ia bukan untuk kepentingan PR, kerana suara Karpal sering tidak senada dengan PR.
Dalam isu hudud suara Karpal senada dengan BN. Dalam isu yang dikatakan menghina Sultan itu, suara Karpal senada dengan siapa? Siapa lagi yang pernah menghina Sultan? Dr Mahathir dan kepimpinan BN dalam krisis perlembagaan dahulu banyak mengeluarkan kenyataan menghina Sultan. Selepas PRU ke-13 dahulu 2 bekas MB dari BN iaitu Idris Jusoh dan Shahidan Kassim melakukan beberapa tindakan yang dilihat sebagai menghina Sultan. Hari ini Karpal pula menuruti pemimpin-pemimpin BN itu yang dituduh menghina Sultan.
Jadi bila Syed Hussein bertanya untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa, jawapannya seperti sudah nampak jelas berdasarkan suaranya yang banyak senada dengan pemimpin-pemimpin BN itu.
(petikan pendikargunung.blogspot.com)

Friday, February 6, 2009

BadaK BereNdaM....

Minggu lepas aku bersama dengan geng opis telah berkelah sambil membakar ikan dan mandi manda di Air Terjun Sg Gabai, Sungai Lui, hulu Langat..XPDC kali inilah hanyalah kami² yang bujang saja...sambil memasing meninggalkan isteri dan anak di rumah....ini juga atas persetujuan kaum isteri memasing yang membenarkan kekami ini untuk membujang buat sementara waktu.....HUIHHHH..kalu selalu macam ni kan best...hehehehe...layan jelah semua gambar yang di pamerkan dibawah...






Thursday, February 5, 2009

Bye..Bye..PR PeraK...

Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini. Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan." Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN). "Menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan cara-cara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan, menghakis kedaulatan undang-undang dan membawa risiko membentuk sebuah kerajaan yang tidak sah," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.
Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.
Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.
Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS. Beberapa pemimpin atasan gabungan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan mereka di situ.
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang. Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."
Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.kemaskini 5.01pm Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.
Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di kediaman menteri besar seawal 7 malam ini.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti. Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.
"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.
Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama."Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.
Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC. Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas. Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi. Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan. Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.
kemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.
Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.kemaskini 1:30pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya. Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.
Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh. Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN. "Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.
Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.
Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.
Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.
Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.
'Situasi tidak menentu'Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.
Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.
Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.
(Petikan laporan daripada MALAYSIAKINI)

Tuesday, February 3, 2009

ZooM In Malaysia...

Bukit Fraser...sampai jugak aku akhirnya...minggu lepas bersama beberapa orang kawan opis yakni azhar, helmi, cumi dengan membawa isteri dan anak memasing kami telah sampai ke bukit Fraser...inilah rumah penginapam kami....jeng...jeng..jeng...


aku ngan hanan....ini dekat balkoni bilik.....


tgk gambar ni...aku nampak cutekan...

Sayang dan kesayanganku...


nampak macam kat LONDON....ahaks


Kami 3 beranak

Inilah tukang masak merangkap tukang panaskan jek..macam LABU dan LABI