Monday, February 9, 2009

CeriTA CaMry 2.4....

Ditepi sebuah tasik yang indah, anak dan ayah menghabiskan masa memancing. Ayah yang sentiasa sibuk mengambil peluang dari masa keemasan untuk mendekati anak. Bagi anak, inilah masa untuk dia bermanja dengan ayahnya yang tiap-tiap hari keluar subuh dan balik tengah malam.
Atan: Ayah. Bila besar nanti, Atan nak beli kereta power.
Ayah: Baguslah. Kena belajar kuat-kuat
Atan: Ya, ya, Atan ingat. Selalu ayah cakap. Boring la ulang-ulang.
Ayah: Atan nak beli kereta apa?
Atan: Bila Atan besar, Atan dah belajar kuat-kuat, masuk Universiti, kerja baik-baik, berniaga dan jadi billionaire korporat, Atan nak beli kereta Ferrari.
Ayah: Kenapa nak beli Ferrari?
Atan: Ferrari best laju. Dia kereta sports, warna dia merah cantik. Ferrari kereta Itali yang terkenal. Banyak menang F1.
Ayah: Ferrari mahal. Kalau Atan naik dengan isteri Atan, ayah dan mumi tak boleh naik. Kalau Atan tak jadi billionaire, Atan nak pakai kereta apa?
Atan: Ohhh ... mahal ye yah?
Ayah: Berjuta dan spare part tak ada.
Atan: Kalau gitu, Atan nak kereta BMW. BMW kereta dia laju. Badan dia cantik dan sports juga. Atan nampak banyak kedai BMW. Mesti ada banyak spare part.
Ayah: Pandai Atan. Tapi BMW tak power macam Ferrari. Macam mana?
Atan: Tak apa. Atan bawak BMW. Ayah boleh duduk depan dengan Atan. Mak dengan akak duduk belakang.
Ayah: Ayah masa mula kerja dulu pergi kerja pun naik BMW, Bas Mini Wilayah. Tapi rugilah Atan pakai BMW bawak kita aja. BMW maknanya Boleh Memikat Wanita. Atan kena cari isteri kalau pakai BMW.
Atan: Ekkk ... tak suka budak pompuan. Tak best main dengan pompuan. Kalau lari tertinggal. Dia orang cepat nangis.
Ayah: Kalau begitu, Atan kena pakai kereta lain la.
Atan: Kalau tak boleh BMW, Atan nak pakai Mercedes. Semua boleh naik. Tak sports tapi cantik. Orang pakai Mercedes orang yang berpangkat. Tak mahal macam Ferrari. Dan ... Atan tak kena kahwin dengan pompuan.
Ayah: Baguslah tu. Mercedes senang nak repair. Dia pakai minyak diesel. Lagi murah. Tapi orang tua saja pakai Mercedes. Ayah dah uzur baru dapat rasa kereta power Atan.
Atan: Kenapa orang tua saja pakai Mercedes?
Ayah: Yalah. Orang yang pakai Mercedes adalah kereta rasmi untuk bos-bos korporat dan kadang-kadang kerajaan.
Atan: Kalau ayah, kereta power apa ayah nak pakai?
Ayah: Ayah pakai Toyota Camry saja.
Atan: Eiiii ... tak power. Biasa aja.
Ayah: Lagi power. Kerajaan negeri Perak jatuh pasal Camry. Siap-siap kerajaan negeri Selangor pun boleh jatuh. Khalid dah tukar kereta.
Atan: OK lah. Atan nak pakai Camry. Tapi Atan tak mahu jadi MB yang jatuh kerana lompat parti. Khalid tu yang gagap ye ayah?
Ayah: ....Terdiam ayah mendengar. Baru dia menyedari kehebatan anaknya.
Pitah dan cekap berfikir. Perkembangan politik pun diikuti.
(cerita blog husinlempoyang, terima kasih)

No comments:

Post a Comment